
Masyarakat Bawean kaum yang tidak asing di Singapura. Tidak hanya dikenal memilikli kekeluargaan yang tinggi, mereka telah mewarnai budaya Singapura.
Abdul Basith/Wartawan Radar Bawean
Masyarakat Bawean Singapura merupakan etnik yang mampu mempertahankan dan mewariskan sebahagian besar budaya leluhur. Ini dibuktikan dengan bahasa Bawean yang menjadi salah satu bahasa pergaulan di Singapura. Bahkan silat Bawean mberkembang di Singapura. Justru seolah layu di tanah asalnya sendiri.
Masyarakat Bawean dipercayai pertama kali menjejakkan kaki di Singapura sekitar 1828. Masyarakat Bawean sebagai kaum yang gemar ilmu kebatinan, sebahagian bekerja sebagai pemandu kepada pegawai-pegawai Inggeris atau tauke-tauke Cina. Sebahagian yang lain pula bekerja sebagai penjaga kuda dan kelasi.
Berbekalkan semangat kesatuan dan persaudaraan, masyarakat Bawean gemar berkumpul dalam 'ponthuk' ataupun pondok, yakni rumah tumpangan.Pada awalnya, pondok hanya dimaksudkan sebagai tempat bagi para pendatang dan rakan-rakan sekampung tinggal secara sementara.
Kemudian menjadi sebuah institusi yang lebih utuh. Lengkap dengan kehadiran seorang lurah ataupun ketua yang menjadi khalifah. Setiap pondok mempunyai sistem peraturan yang unik.
Contohnya pondok Kalompang Gubuk, salah sebuah pondok Bawean di Singapura. Di pondok ini ada aturan bagi bujangan, khususnya tamu lelaki pelaut yang hanya menumpang bermalam di sana, tidak benarkan ke tingkat dua rumah..
Mereka mengamalkan konsep memikul beban bersama. Segala perkakas dan barang-barang dapur telah dibeli bersama dengan dana yang dikumpulkan oleh warga serta bekas penduduk pondok tersebut. Barang-barang tersebut seterusnya disimpan di bawah pelantaran kecil atau meja yang disebut sebagai ambin.
Salah seorang penghuni pondok tersebut, Endah Junaidah, mengaku senang sempat menjadi sebagai penghuni di pondok tersebut. Menurutnya, segala isi yang berada bawah ambin tersebut telah dikirimkan ke masyarakat Kampung Kalompang Gubuk di Bawean sekitar 1970-an.
Ini mencerminkan ikatan kepada tanah leluhur meskipun telah merantau jauh, masyarakat Bawean mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Mereka membawa nilai-nilai yang tertanam dalam budaya kehidupan di tanah leluhur. Sistem pondok yang digunakan masyarakat Bawean merupakan gambaran terhadap sistem kelurahan atau pentadbiran di Pulau Bawean.
Menjelaskan lebih lanjut, Encik Zainal Abidin Borhan, mantan Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, menggagaskan bahawa sistem pondok yang dikendalikan merupakan elemen penting dalam memastikan budaya Bawean. (*/rtn)
